UKHUWAH UMNO-PAS BERMULA DI MUKTAMAR PAS KE 64

 

Seruan perpaduan dikalangan umat Melayu Islam di negara ini telah lama diseru oleh banyak pihak terutama dari kalangan Ulamak yang sudah merasai betapa pentingnya ukhuwah sesama umat itu dipulihkan setelah berpecah-belah kerana fahaman kepartian yang sempit.

TEBUAN juga telah lama juga memerhatikan soal perpaduan umat Melayu Islam terutama diantara orang-orang PAS dan UMNO yang dahulunya terlalu mengikut kan kemarahan, dendam, benci dan kegilaan kuasa hingga mengenepikan seruan Allah agar dipupuk perpaduan dikalangan ummah.

Walaupun kerjasama UMNO-PAS belum termeterai namun pada hakikatnya sesama Islam itu sudah lama terjalin cuma TEBUAN tengok pemimpin terdahulu kurang berfikiran terbuka dan terlalu jumud.

Perhimpunan Muktamar PAS ke 64 di Terengganu hujung minggu ini diharap akan menjadi titik tolak kearah ikatan perpaduan yang lebih kukuh antara UMNO-PAS.

Dikatakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan eksekutifnya akan menghadiri pada majlis perasmian muktamar tersebut.

TEBUAN mengharapkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang serta saf kepimpinannya dapat menerima kehadiran Ahmad Zahid serta rombongannya diterima dengan hati terbuka dan berlapang dada atas nama Islam.

Diharapkan selepas ini jalinan kerjasama dan persefahaman meletakkan satu calon, gerakan, kempen dan lain-lain dapat diperbincangkan melalui jawatankuasa tertinggi parti.

TEBUAN yakin pada Perhimpunan Agong UMNO penghujung September ini barisan kepimpinan PAS akan dijemput menghadiri dihari perasmian PAU2018.

 

TEBUAN : Takbir ‘Allahuakbar’ , Hidup Melayu pasti akan bergema

2 Responses to "UKHUWAH UMNO-PAS BERMULA DI MUKTAMAR PAS KE 64"

  1. Emean   September 15, 2018 at 8:53 am

    Aamiin…..marilah setiap hati muslim, istimewanya org Melayu mendoakan penyatuan dan kerjasama ini demi Islam dn Malaysia. Keadaan semakin kritikal. Ketepikan perselisihan lama dan yg lampau. Kita bina dan perteguhkan saf baru. Daulah Islam Malaysia, mesti ditegakkan tanpa kompromi dn gentar. Mulakan dengan niat kerana Allah dn ayuhlah bersama dengan dipimpin oleh mauduk kita UMNO dan PAS…..Allah Huakhbar

    Reply
  2. Musa bin Jamaludin   September 15, 2018 at 7:12 pm

    Sudah sampai masanya Melayu/Islam bertaut demi pembangunan Negara berlandaskan Islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.