SYED SADDIQ SEDIA BANTU KEMPEN ANWAR

 

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, sokongan itu bagi memastikan calon Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi berkenaan akan mencapai kemenangan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, saya sebagai anggota majlis presiden Pakatan Harapan ketika menandatangani menyedari memang akan berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar dan itu adalah perkara yang dipersetujui bersama.

“Sebagai anak muda saya tidak mahu ingkar janji terutamanya melibatkan perjanjian bertulis dan apa yang penting adalah kemenangan kepada PH adalah mustahak” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Unlocking The Power Of Young People, di Kota Kinabalu, pada Ahad.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan wujudnya sebarang gerakan memboikot kempen Anwar di Port Dickson oleh parti PPBM terutama dalam kalangan ahli Armada.

Mengenai program itu, Syed Saddiq mahu sesi dialog itu perlu dijalankan pada setiap masa dan tidak hanya dilakukan ketika menjelang pilihan raya sahaja kerana pelbagai isu baharu akan timbul yang melibatkan golongan belia.

“Ini bagi memastikan suara belia akan diambil kira dalam proses membina masa depan Malaysia Baru,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.