IKAT AHLI PARLIMEN: CAGARAN DEMI LANGKAH PENCEGAHAN

 

 

Keputusan untuk mengikat ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO supaya tidak membawa lari kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu disambut baik oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menurut beliau, usaha tersebut sekurang-kurangnya menjadi cagaran awal jika berlaku sesuatu perkara yang merugikan parti dan rakyat.

Beliau berkata tindakan tersebut tidak wajar dipersoal berikutan kebanyakan parti lain di Malaysia turut melakukan praktik yang sama dengan jenis tuntutan ganti rugi yang berbeza.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pada Sabtu.

 

Wartawan/Videographer : Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.