NAJIB SEBAK DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

 

Suasana hiba menyelubungi hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2018 apabila perwakilan dan ahli serta penyokong parti itu beremosi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mereka mengambil kesempatan untuk bersalaman dan merakam gambar serta memeluk erat bekas Presiden UMNO itu sebagai tanda kasih di atas segala sumbangan beliau.

Najib dilihat tidak mampu menahan sebak sebaik semua perwakilan diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Teman Sejati yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Brothers selepas berakhirnya sesi perhimpunan agung itu.

Selepas persidangan itu berakhir, beliau dikerumuni oleh orang ramai untuk bersalam dan memeluknya.

 

Oleh : Syakirin Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.