TIDAK AKAN BIAR BUDAYA BAWA LARI KERUSI – ANNUAR

 

Tidak timbul isu ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti ketika memerintah negara, ujar Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Lantaran itu katanya, UMNO tidak memerlukan sebarang kontrak bertulis antara ahli Parlimen dengan parti pada sebelum ini.

Walaubagaimanapun, beliau berkata sepatutnya anggota parlimen UMNO sedar bahawa secara tidak langsung telah wujud sebuah kontrak ketika UMNO mengizinkan calon menggunakan logo parti dan turut membayar deposit untuk calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kelewatan UMNO berbanding parti lain yang bertindak mengadakan perjanjian bertulis antara calon dengan parti bagi mengelakkan kes lompat parti dan membawa bersama kerusi Parlimen yang dimenangi.

Annuar ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) di PWTC pada Sabtu.

 

Wartawan/Videographer : Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.