WAJAR TUNTUT SEMULA KERUSI

 

Tindakan UMNO menuntut semula kerusi Parlimen yang dimenangi bekas anggotanya sebelum keluar parti dilihat sebagai satu tindakan yang wajar.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas perlu dihentikan sebelum menjadi lebih parah.

Menurut beliau ahli Parlimen UMNO perlu sedar parti memberikan sepenuh bantuan bagi memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Justeru itu atas kesedaran moraliti politik, Najib berkata sesuatu perlu diusahakan sebelum diserahkan kepada badan perundangan untuk diambil tindakan seterusnya.

 

Wartawan/Videographer : Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.