ENAM ANGGOTA BOMBA LEMAS KETIKA OPERASI

 

Demi tugas untuk menyelamatkan nyawa orang awam, namun bertukar tragedi apabila enam anggota bomba dipercayai mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini, Rabu malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras ketika usaha mencari dan menyelamat seorang orang awam yang dikhuatri terjatuh ke dalam lombong.

Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian.

Keenam-enam anggota bomba tersebut sebelum itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada pukul 5.50 petang tadi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.