MAUT AKIBAT PUSARAN AIR DERAS

 

Pusaran air deras dipercayai punca enam anggota dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Bomba Selangor lemas ketika menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) seorang remaja 17 tahun di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata, siasatan awal mendapati pusaran air deras berlaku akibat hujan lebat ketika operasi SAR dijalankan.

“Semua anggota dari PPDA Selangor telah mengikut prosedur yang ditetapkan serta turun untuk mencari remaja yang lemas menggunakan peralatan khas,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sedang, pada malam Khamis.

Mohammad Hamdan berkata, tragedi itu amat menyedihkan bagi seluruh warga JBPM.

“Kita akan membuat siasatan dalaman serta mengenal pasti langkah tambahan yang perlu diambil bagi mengelak tragedi seperti ini berulang,” katanya.

Enam mangsa yang maut ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.