ROSMAH BERDEPAN 17 PERTUDUHAN

 

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7 juta.

Maklumat di mahkamah hari ini mendapati kes Rosmah, 66, akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Rosmah akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan hadir di Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Media tempatan dan asing mula berkumpul di bangunan Kompleks Mahkamah pada jam 6.45 pagi dan pendaftaran media dibahagikan kepada dua barisan bertanda “Pendaftaran DS Rosmah” dan “Pendaftaran DS Najib.”

Mahkamah menyediakan 22 pas untuk media tempatan dan asing untuk masuk ke bilik perbicaraan sementara 40 pas diberikan kepada wartawan ke bilik tayangan video untuk kes Rosmah manakala bagi kes Najib 20 pas diedarkan.

 

Sumber BERNAMA???????

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.