AZEEZ, ABANG DIBEBASKAN

 

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dan abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim, dibebaskan pagi Jumaat selepas 10 hari direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarkan kedua-dua individu itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM1 juta setiap seorang dengan dua penjamin.

Menurut sumber, siasatan membabitkan Abdul Azeez belum selesai dan SPRM akan memanggil lagi bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji bersama abangnya untuk melengkapkan siasatan.

Terdahulu, Abdul Azeez dan abangnya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.30 pagi untuk prosiding reman. Ketibaan mereka disambut hampir 100 penyokong yang menunggu sejak jam 8 pagi.

Abdul Azeez dan abangnya itu disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek membabitkan Tabung Haji.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.