JENAZAH HASSAN AZHARI SELAMAT DIKEBUMI

 

Jenazah tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari, 90, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, kira-kira 9.40 pagi, hari ini.

Alahyarham meninggal dunia akibat kanser limfoma, meninggal dunia petang semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ahah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah berkenan berangkat ke pengkebumian itu.

Turut mengiringi tuanku ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dan ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan Allahyarham.

Allahyarham ialah pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM, selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Hassan juga adalah hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Allahyarham mempunyai 22 anak daripada tiga isteri.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.