ROSMAH BAYAR IKAT JAMIN RM1 JUTA

 

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta hari ini membayar jaminanĀ  baki RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sinu, Khamis lalu.

Dengan jumlah tersebut, Rosmah telah menjelaskan RM1.5 juta jaminan setelah membayar RM500,000 ketika dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu dan kini hanya tinggal baki setengah juta ringgit perlu dilunaskan.

Dua wanita yang dipercayai penjamin Rosmah hadir kira-kira pukul 10.15 pagi dan terus menuju ke kuanter bayaran jamin di tingkat bawah kompleks mahkamah di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini bagi menandatangani dokumen berkaitan urusan ikat jamin.

Dua wanita berkenaan meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan.

Isteri kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mahkamah membenarkan Rosmah diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan dua syarat menyerahkan dua pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi dan bakal saksi pendakwaan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K. Kumaraendran membayar ikat jamin RM500,000 Khamis lalu dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober ini.

 

Sumber UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.