ANWAR TAK MAHU JADI PM

 

Ketika PRK Port Dickson dicanang sebagai pentas untuk mengangkat calon Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri kelapan, namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau ‘tidak mahu menjadi Perdana Menteri’.

Ini dapat dilihat ketika kempennya bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kalinya selepas 20 tahun bermusuh di Port Dickson, Isnin, malam.

Anwar di hadapan penyokong Pakatan Harapan (PH) berkata, negara masih perlu dikemudi oleh Mahathir dan bukannya beliau.

“Dalam keadaan sekarang, lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia.”

“Saya bertemu semula Tun Mahathir selepas 18 tahun di penjara. Saya terkesan seorang negarawan dapat tinggalkan semua demi tekad membantu negara dan rakyat,” katanya ketika berucap.

Hadir sama Mahathir dan Timbalannya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu Anwar berkata, beliau sudah melupakan sejarah permusuhannya dengan Mahathir dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri yang berkempen untuknya dalam PRK itu.

“Sebagai perdana menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.

“Saya tahu dia tegas, walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.

“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda, Mahathir,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.