CUKAI BAHARU UNTUK LANGSAI HUTANG – PM

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bercadang memperkenalkan cukai baharu dalam usaha meningkatkan hasil serta mengurangkan hutang negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya…untuk bayar hutang kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketika berucap pada forum berkenaan, Mahathir berkata, kerajaan perlu melepaskan aset bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan krisis hutang negara dengan mencari akses baharu.

“Dalam situasi yang sebenar, duit digunakan untuk melabur dan mendapatkan dividen dan kita tahu duit itu dilaburkan di mana. Jika kita tahu duit itu di mana dilaburkan, sekarang kita tidak tahu di mana wang itu berada. Sebab itu kita kena cari sumber lain.

“Ada cadangan supaya kerajaan melepaskan aset seperti tanah dan menjualnya kepada pelabur tempatan. Hasil daripada pembangunan itu, ia akan disalurkan kembali kepada kerajaan,” katanya.

Beliau turut yakin Malaysia mampu bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi negara pada tahun 1997/1998.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.