PAS GESA LIM PERJELAS PUNCA MANSUH PROJEK

 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa menjelaskan kepada rakyat alasan berkaitan pemansuhan 4000 Projek Mesra Rakyat yang sudah diluluskan pada sebelumnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata Guan Eng perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat punca pemansuhan tersebut kerana projek bernilai RM130 juta itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Kesemua projek tersebut adalah Projek Mesra Rakyat di setiap parlimen (kecuali Wilayah Persekutuan dan Perlis) dengan dana khas diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Projek-projek tersebut dikatakan telah diluluskan tapi dibatalkan oleh pihak kerajaan walhal ia bukan projek mega dan mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada keperluan rakyat,” katanya melalui kenyataan media pada Selasa.

Sebagai info, Melaka merupakan negeri dengan nilai projek terendah iaitu sebanyak RM2 juta manakala Sarawak menjadi negeri dengan nilai projek tertinggi iaitu sebanyak RM42 juta.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.