TIADA SERUAN MAHATHIR UNTUK ANWAR

 

Meskipun turun berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tiada seruan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH) itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Selain menjadikan perkongsian pentas buat pertama kali selepas 20 tahun sebagai sejarah, Perdana Menteri berkata beliau dengan Anwar sudah mengenepikan persengketaan.

Malah Mahathir turut mengingatkan orang ramai bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab membawa masuk Presiden PKR itu ke dalam UMNO sehingga menjadi menteri.

“Jangan lupa dia (Anwar) masuk UMNO, jadi menteri kerana saya.

“Kalau saya nak fikir berkenaan perkara itu, kalau Anwar nak fikir tentang apa terjadi pada dia (dulu), saya tak fikir kita boleh bersatu,” katanya ketika berucap di Port Dickson, Isnin, malam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang terkenal dengan pemerintahan diktator itu berkata, selain Anwar, beliau pernah memenjarakan Menteri Pertahanan, Mat Sabu dan Lim yang juga menteri kewangan.

“Mat Sabu, Guan Eng masuk dalam (penjara) juga, tapi mereka rela lupakan yang lama. Kalau saya nak kira yang lama, kita tak boleh bersatu.

“Yang utama bukan nama saya, bukan masalah Anwar, bukan masalah Guan Eng, Mat Sabu, tapi masalah kita punyai kerajaan zalim yang menekan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mahathir memberitahu ribuan pengundi di Port Dickson, beliau gembira berkempen untuk bekas musuh politiknya itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.