AHLI PARLIMEN LABUAN DIJANGKA KELUAR UMNO

 

Kurang dua minggu selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli Parlimen parti untuk kekal dalam UMNO, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pula dijangka meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat.

Rozman dikhabarkan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) pimpinan Ketua Menteri Sabar, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Saya akan keluarkan kenyataan esok (Khamis) kerana sekarang saya masih menyiapkannya.

“Banyak butiran perlu dimasukkan.. Ia panjang, lebih panjang daripada kenyataan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed),” ujar beliau seperti dilapor The Star pada Rabu.

Menurut sumber portal berkenaan, Roziman dijangka menyerahkan borang keahlian parti Warisan kepada setiausaha agung parti Warisan, Datuk Darell Leiking yang juga merupakan Menteri Perdagangan,Antarabangsa dan Industri ketika lawatan menteri pada esok.

Beliau dikhabarkan berbuat demikian kerana dipercayai tidak berminat untuk menjadi ahli Parlimen Bebas.

Bulan lalu, ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar UMNO dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Rozman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan dilaporkan berkata keputusan beliau tidak bermaksud untuk menentang UMNO, tetapi demi kepentingan Labuan.

“Kamu tidak boleh menjadi pembangkang dan juga ahli Parlimen Labuan.

“Kamu perlu berada dalam kerajaan untuk memastikan Labuan tidak ditinggalkan,” katanya seperti dilapor.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.