MURID DARJAH 1 MAUT DILANGGAR VAN SEKOLAH

 

Seorang murid darjah 1 maut akibat kecederaan parah dikepala dan badan selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan rumah keluarganya di Jalan Rotan Semut, Seksyen 18, Shah Alam pada Selasa.

Dalam kejadian 6.45 petang itu mangsa Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 baru sahaja turun dari van sekolah, sebelum pemandu itu melanggar mangsa tanpa disedari.

Difahamkan, mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang turun dari van itu bersama sepupunya namun dia dipercayai hendak menanggalkan kasut dan stokin dipakainya terlebih dulu ditepi van sekolah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, berkata pemandu van sekolah itu direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat kejadian itu secara menyeluruh terutama mengenal pasti punca sebenar sama ada akibat kelalaian atau sebaliknya.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, petang Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

One Response to "MURID DARJAH 1 MAUT DILANGGAR VAN SEKOLAH"

  1. Baker Ruddin Mohamad   October 10, 2018 at 11:30 pm

    Innalillahi Waiinna ilaihiirrojiiun!!!…AllahuAkbar!!!….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.