RAFIDAH BERHAK MENGKRITIK, ADA PENGALAMAN – ANWAR

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Rafidah Aziz berhak menyatakan pandangannya dan mengkritik prestasi pakatan Pakatan Harapan (PH).

Calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu  berkata demikian kerana dia memiliki pengalaman dan sering memberikan nasihat demi kebaikan semua.

Ketua Umum PKR itu berkata, Rafidah adalah individu yang kerap memberikan nasihat terbaik selain berpengalaman dalam menilai apa saja.

“Tidak salah untuk beliau memberi pandangan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Kedai Pernama, Kem Port Dickson di sini, pada Rabu.

Hadir sama, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rafidah yang menyelar pemimpin PH kerana dikatakan terlalu terikat dengan manifesto yang disifatkannya sebagai bodoh sehingga pakatan itu tidak dapat membuat banyak keputusan bernas.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu malam tadi berkata, antara yang tidak dapat dilaksanakan ialah rancangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut menjawat jawatan menteri pendidikan. Ini kerana manifesto PH tidak membenarkan Perdana Menteri memegang portfolio kementerian lain.

Rafidah juga mengingatkan kerajaan bahawa mereka boleh kehilangan kuasa sekiranya tidak boleh membuat keputusan penting disebabkan manifesto.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.