ANWAR SUDAH BERSIH, PUTIH – RAIS

 

Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini umpama kain putih dan bebas daripada ‘dosa’ selepas mendapat pengampunan penuh.

Oleh itu katanya, tidak timbul soal sama ada calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson itu layak bertanding atau sebaliknya.

“Tak ada lagi salah Anwar, kain dibandingkan kain dengan guni, beliau menjadi kain putih sekarang ini,” katanya.

Bekas menteri besar itu berkata ini jelas dalam Perkara 42 Perlembagaan Malaysia bahawa apa yang diperlukan oleh calon PH itu cuma pengampunan penuh.

“Dia macam mahir benar undang-undang, tapi saya yakin dia mungkin mahir dari segi undang-undang, tapi bila bicarakan satu persatu akan kalah.

“Dia lupa, di bawah Perkara 42 Perlembagaan Malaysia, yang diperlukan cuma pengampunan penuh dan apabila dikatakan pengampunan penuh 42 perlembagaan kita, selesai semua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Pesara di Taman Intan Perdana, Port Dickson, Rabu, malam.

Sementara itu, Rais juga turut menasihati calon bebas Sri Isa Abdul Samad yang juga adalah seorang lagi menteri besar Negeri Sembilan agar kembali kepada realiti kerana masanya sebagai ahli politik sudah tamat.

Katanya, berbeza dengan Anwar, Isa tidak akan mampu membawa perubahan kepada Port Dickson.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.