JANGAN UNDI ANWAR, ISA SAMAD – HISBAH

 

Kumpulan pemantau ketelusan (HISBAH) menggesa orang ramai untuk tidak mengundi dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Bebas, Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Hisbah, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata Anwar mempengaruhi dan mungkin memaksa penyandang Parlimen PD untuk melepaskan jawatan.

Menurutnya, tiada sebab wang rakyat perlu dibazirkan untuk sebuah PRK hanya kerana kemahuan seorang individu untuk menjadi ahli Parlimen.

Isa pula, katanya pernah terpalit dengan politik wang selain berhadapan pelbagai dakwaan berkaitan salah laku urus tadbir yang belum dituntaskan.

“Pada hemat HISBAH, pengundi PD bebas mengundi calon-calon lain kerana mereka tidak didapati melanggar prinsip-prinsip penting dari sudut urus tadbir negara yang juga digariskan HISBAH dalam persoalan kepimpinan,” katanya ketika dihubungi media pada Khamis.

PRK PD akan menyaksikan pertembungan tujuh penjuru melibatkan Anwar, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Isa Samad.

PRK PD akan diadakan pada 13 Oktober ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.