KPM NAFI LANTIK EJEN KUTIP DANA SJKT

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi mahupun individu untuk mendapatkan peruntukan bagi pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Pihak KPM turut mengingatkan pihak sekolah untuk membuat laporan polis sekiranya didatangi mana-mana individu yang mendakwa ejen kementerian untuk tujuan tersebut.

“KPM juga ada menerima aduan terdapat individu menggunakan nama dan logo KPM serta Jata Negara bagi tujuan memperdaya guru besar-guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada KPM.

“Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Putrajata pada 10 oktober.

“Sehubungan dengan itu guru-guru besar dinasihatkan supaya berhubung secara terus dengan Kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.