PESTA ARAK: JAGA SENSITIVITI UMAT ISLAM – MUJAHID

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan penganjur pesta arak Oktoberfest di ibu negara supaya menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu penganjuran acara itu menimbulkan pelbagai masalah yang boleh menimbulkan ketidakselesaan agama lain.

“Saya juga akan menasihatkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad untuk memastikan penganjuran pesta arak Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

“Saya sedang berbincang dengan pihak mufti (mengenai penganjuran Oktoberfest, namun secara asasnya apa saja perkara mungkar seperti minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai.

“Lain daripada itu, Menteri Wilayah yang akan uruskan daripada segi perundangan, kalau diizinkan, apa syaratnya.

“Saya juga berhubung secara rapat dengan YB Khalid (dan berpesan) supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

“Saya juga menggesa umat Islam jangan sertai acara ini.,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.