‘YB GANGSTER’ AKHIRNYA MOHON MAAF

 

YB gangster’ yang biadab terhadap orang kampung tampil memohon maaf secara terbuka kerana bersikap kasar dan meninggikan suara ketika berdepan masyarakat di Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu,

Exco kerajaan negeri, Norhizam Hassan Baktee tampil membuat permohonan maaf petang Rabu.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri itu akhirnya mengakui kesilapannya yang bertindak mengikut emosi.

“Sebagai ADUN, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk, terutama rakyat di kawasan saya.

“Justeru, saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian semalam. Saya akan berusaha perbaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berdepan situasi seperti ini,” katanya di Melaka.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertemuan bersama kira-kira 10 penduduk Kampung Pulau Nibong anjuran DAP negeri di Seri Negeri di sini.

Pertemuan hampir sejam itu menyaksikan Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri dan penduduk saling memohon maaf dan bersalaman.

Hadir sama, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew; Setiausaha DAP negeri, Khoo Poay Tiong; dan wakil penduduk yang viral dalam video berkenaan, Md Derus Tompang, 58.

Sementara itu, Poay Tiong berkata DAP negeri kesal dan turut membuat permohonan maaf selepas mengakui cara dan pertuturan kasar oleh wakil rakyat terbabit.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.