ZAHID SAMBUNG BERI KETERANGAN

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis bagi meneruskan proses rekod kenyataan oleh penyiasat.

Ahmad Zahid tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih.

Anak perempuan beliau, Datuk Nurul Hidayah tiba beberapa minit kemudian dengan menaiki kereta lain.

Difahamkan Zahid akan memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.

Kenyataan hari ini juga merupakan kesinambungan sesi semalam di mana Ahmad Zahid memberi keterangan selama lapan jam di ibupejabat SPRM.

Ini merupakan kali ketiga bekas timbalan perdana menteri itu disiasat SPRM selepas UMNO-Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.