IBU PEJABAT UMNO TIDAK DIGELEDAH

 

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menafikan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur digeledah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat.

Beliau sebaliknya berkata, dakwaan pihak berkuasa menggeledah ibu pejabat UMNO adalah tidak berasas sama sekali.

“Ibu pejabat UMNO menjelaskan pihak berkuasa tidak menggeledah atau menyerbu ibu pejabat parti.

“Oleh itu, banyak status di media sosial yang mengatakan pihak berkuasa menyelongkar fail-fail parti tidak benar sebaliknya gambar kakitangan mengemaskini fail-fail lama di ibu pejabat,” katanya kepada Watan Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam meminta semua ahli UMNO memeriksa kesahihan sebarang berita yang terbesar di media sosial.

“Gambar yang tular di media sosial memaparkan beberapa individu sedang menyemak serta mengumpul dokumen sebenarnya adalah gambar kakitangan ibu pejabat UMNO.

“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO digeledah oleh SPRM, PDRM dan ROS hari ini, 12/10/2018 adalah tidak benar.

“Gambar-gambar yang disebarkan adalah gambar kakitangan Ibu Pejabat UMNO yang sedang menyemak rekod penyata tahunan (Borang 9) UMNO yang dipinta oleh ROS dimana ada laporan yang dipinta berusia 21 tahun lalu,” katanya yang juga Presiden NGO Pemantau Malaysia.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.