ANWAR ANGKAT SUMPAH ISNIN

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Isnin ini merupakan hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan presiden PKR itu mendapat 31,016 undi berbanding pencabar terdekatnya daripada PAS, Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan bekas menteri besar Negeri Sembilan yang bertanding atas tiket bebas, Tan Sri Isa Samad (4,230 undi).

Empat calon bebas lain pula mendapat tidak lebih 350 undi. Mereka adalah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan (82 undi), pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen (154 undi), bekas pensyarah universiti swasta, Lau Seck Yan (214 undi) dan personaliti media sosial, Stevie Chan Ken Leong (337 undi).

 

Oleh: Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.