RAKYAT BELUM TERIMA CALON BEBAS – SAIFUL

 

Rakyat masih belum boleh menerima calon Bebas bagi mewakili mereka pada pilihanraya kecil PRK Parlimen Port Dickson.

Calon Bebas berlambang Kunci, Saiful Bukhari Azlan mengakui penyertaannya tidak boleh memberi kemenangan namun beliau menganggap ianya satu proses perjuangan politik yang sihat.

“Saya menerima (kekalahan) dengan hati yang terbuka, sekurang-kurangnya saya berjaya membawa satu dimensi baru dalam lakskap politik negara”, kata Saiful d Port Dickson petang Sabtu.

Menurut Saiful, tidak ada apa yang perlu dikesalkan, beliau melihat masyarakat Port Dickson masih boleh menerima kehadiran calon-calon bebas pada PRK tersebut.

 

Oleh: Elly HN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.