UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT BUKAN JAMBATAN BENGKOK – TMJ

 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat, adalah lebih bagus jika perkhidmatan kesihatan di negeri ini ditambah baik berbanding merancang membina semula jambatan bengkok ke Singapura.

Baginda bertitah, ini kerana perkhidmatan kesihatan di negeri itu memerlukan penambahbaikan terutama membina semula Hospital Pasir Gudang seperti yang ditangguhkan ketika ini.

“Naikkan peruntukan yang lebih untuk kesihatan di Johor. Semua hospital di daerah Johor Bahru termasuk di daerah-daerah perlukan lebih banyak katil dan kemudahan perubatan.

“Ini hanya pendapat saya yang ikhlas dan jujur,” demikian tulisan putera sulung Sultan Johor itu yang dimuat naik dalam akaun Twitter milik baginda.

Semalam Menteri Besar, Datuk Osman Sapian memaklumkan kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan impian tertunda Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membina jambatan bengkok yang bakal menghubungkan Johor dengan Singapura.

Hospital Pasir Gudang dengan kos RM500 juta sebelum ini sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 di kawasan seluas 20.23 hektar di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Bagaimanapun, pembinaan hospital berkenaan dan beberapa projek lain di negeri ini ditangguhkan kerana nagara sedang menanggung beban hutang yang tinggi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.