HAD TEMPOH PM, MB DUA PENGGAL

 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik negara.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada keutamaan dan penekanan baharu dalam mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Mahathir berkata peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga diasingkan supaya diurus oleh dua individu yang berlainan untuk mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat.

Bagi menambah baik sistem pilihan raya pula, Perdana Menteri berkata had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenalkan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.