MAHATHIR ‘BACOL’ – LOKMAN

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang pemimpin yang bacol kerana sering menggunakan kuasanya untuk `mematikan’ seteru politik beliau.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan, Datuk Lokman Nor Adam berkata, terbaru rejim Mahathir menggunakan kuasa yang ada untuk melemahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditahan Suruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta akan didakwa esok.

“Rakyat pelbagai kaum dan penyokong UMNO digesa turun beramai-ramai memberi sokongan kepada Ahmad Zahid. Tindakan Regim Mahathir DAP ini adalah tindakan bacol penguasa zalim untuk memberikan amaran kepada kita supaya jangan lawan dan untuk melemahkan daya juang Ahli Parlimen, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

“Jangan sesekali kita tunduk dengan tekanan ini dan ayuh bangkit nyatakan soladiriti kepada Presiden UMNO. Malam ini (khamis) kita akan berkumpul di Depan Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya.

“Manakala seawal jam 7.30 pagi esok (Jumaat) kita berkumpul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur. YB Ahmad Zahid akan dibawa untuk didakwa,” katanya dalam kenyatan media pada Khamis.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Ahmad Zahid.

“Justeru, saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Selangor menyokong penuh dan akan terus berdiri teguh bersama Ahmad Zahid dalam menghadapi tekanan dan musibah ketika ini.

“Kami juga berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada beliau untuk menempuh saat getir ini,” katanya.

Beliau berkata, semua rakyat, penyokong danĀ  ahli UMNO diseru mendoakan dan menunaikan solat hajat sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

“Semoga Ahmad Zahid akan diadili dengan seadil-adilnya oleh mahkamah tanpa tekanan dan campur tangan politik,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.