PRESIDEN BERHAK MEMBELA DIRI-WANITA UMNO

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi wajar diberi peluang untuk membela diri atas dakwaan terhadap beliau, kata Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Menurut beliau, Ahmad Zahid tidak boleh dilayan sebagai pesalah selagi mahkamah tidak membuktikan perkara tersebut.

“Wanita UMNO berharap, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keadilan sebaik-baiknya dalam siasatan yang dijalankan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Selagi tidak disabitkan hukuman, Ahmad Zahid berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip perundangan (presumption of innocence).

“Ini suatu ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Justeru, Wanita UMNO mendoakan semoga Allah sentiasa mengurniakan kecekalan dan ketabahan kepada beliau dalam menghadapi ujian,” katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga ahli Parlimen Parit Sulong berkata Wanita UMNO akan menganjurkan solat hajat beserta bacaan yasin bagi memohon bantuan Tuhan supaya dipermudahkan urusan Ahmad Zahid.

“Pada masa yang sama, Wanita UMNO Malaysia akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden UMNO,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.