NAJIB HADIR BAGI SOKONGAN

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib yang tiba dengan menaiki Toyota Vellfire putih pada jam 9.18 pagi, tersenyum dan melambai ke arah wartawan dan jurugambar sebelum masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid adalah berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.