MERAKYATKAN JAZZ DI JAZZ AMPANG

 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai musik jazz boleh berkunjung ke Jazz Ampang Event di 11 Jazz Ampang 103 pada Ahad ini.

Penganjur Jazz Ampang, Nik A. Nazmi berkata acara yang diadakan setiap tahun sejak 2012 itu bertujuan bagi mempromosikan musik jazz kepada rakyat.

“Jazz Ampang diwujudkan untuk mendekatkan masyarakat kepada musik jazz, sekaligus menghilangkan tanggapan bahawa musik ini hanya untuk golongan elit.

“Kos aktiviti ini ditampung oleh kami dan golongan sukarelawan yang sangat mencintai musik jazz,” katanya melalui kenyataan di Facebook pada Rabu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook rasmi Jazz Ampang di Jazz Ampang FB.

Program Jazz Ampang akan diadakan di 103 Persiaran Desa Ampang 4, Kuala Lumpur pada pukul 9 sehingga 12 tengah malam. Masuk adalah percuma.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.