ANGGOTA POLIS CEDERA JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH

 

Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun cedera setelah jatuh ke atas bumbung rumah di Jalan Laksamana, Asam Kumbang, Taiping di sini pada Jumaat.

Anggota polis berkenaan yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.03 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan melakukan terjunan dari pesawat ringan pada ketinggian 3,000 kaki atau lebih 914 meter.

“Pada ketinggian 1,000 kaki (304.8 meter), mangsa dipercayai pengsan dan payung terjunnya hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala. Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Sumber UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.