DUA AHLI PKR DIREMAN KERANA RASUAH

 

Dua ahli PKR, termasuk calon Ketua PKR Cabang, ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula semalam.

Majistret Afiq Agoes memerintahkan kedua-dua mereka yang berumur 46 dan 47, itu direman selama enam hari.

Afiq turut membenarkan permintaan SPRM untuk reman di Lokap Berusat di Kepayan di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

SPRM menahan dua individu itu di Kimanis pada jam 8.40 malam dan 9.15 malam kelmarin, selepas menerima maklumat bahawa kedua-dua mereka didakwa terbabit dalam percubaan untuk memberi rasuah baru-baru ini.

Difahamkan kedua-dua mereka didakwa cuba memberi suapan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk membenarkan seorang calon ketua cabang yang diisytiharkan bankrap, untuk bertanding dalam pemilihan parti.

Jumlah suapan masih disiasat termasuk individu yang menerima wang berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (B) (a) Akta SPRM 2009.

Permohonan reman dibuat oleh pegawai SPRM Mohd Basirudin Faliq.

 

Wartawan Watan-Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.