WAJAH CINA, MARUAH MELAYU PASCA PRU14

 

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan UMNO yang menjadi tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun tumbang kerana permainan politik fitnah Pakatan Harapan (PH).

Rakyat ‘diperbodohkan’ dan ‘dipergunakan’ oleh PH semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya untuk berada di tampuk kuasa.

Majoriti rakyat yang mengundi PH ‘dikencing’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila penghapusan tol yang ditawarkan tidak menjadi kenyataan, penghapusan hutang PTPTN hanya sekadar penipuan, banyak janji yang ditawarkan hanyalah omongan kosong.

Sebelum mendapat kuasa, rakyat kononnya ‘berkuasa’, namun selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara kerajaan PH pimpinan Mahathir tidak lagi mempedulikan kuasa rakyat, sebaliknya mereka berkuasa mutlak.

Namun, lebih daripada itu, selepas PRU14, di manakah maruah Melayu. Melayu bagaikan sudah mati, senyap dan hanya mendiamkan diri apabila bumi sendiri sedikit demi sedikit dikuasai oleh pemimpin yang memperjuangkan kesamarataan.

Keistimewaan kaum Melayu, Bumiputera, setiap hari cuba diusik, agak malang jika Melayu tidak mahu bangkit mempertahankan hak istimewa mereka seperti mana yang dijanjikan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini, satu demi satu hak istimewa orang Melayu dipertikai pemimpin cauvinis DAP, begitu juga kedudukan Islam cuba dicabar pihak perkauman ini.

Peruntukan bagi pembinaan masjid dihentikan oleh kerajaan PH, namun, begitu juga sekolah tahfiz dibiarkan sepi, namun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang membiakkan perkauman terus ditatang dan diberi bantuan berjuta-juta oleh kerajaan baharu Malaysia.

Begitu juga pemimpin Melayu Islam diserang, dihina, diperlekeh oleh kerajaan yang berdendam, namun, tidak pula pemimpin bangsa lain diheret ke mahkamah atas salah guna kuasa.

Malah, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berdepan tuduhan rasuah menghadapi perbicaraan di mahkamah ‘disucikan’ oleh kerajaan Malaysia Baharu.

Keluarga Jho Low masih boleh hidup senang linang, harta tidak disita meskipun dikatakan sebagai antara individu paling dikehendaki dalam kes 1MDB.

 

KETUANAN MELAYU BERAKHIR

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka menyatakan zaman ketuanan Melayu sudah pun berakhir.

Sebaliknya, era Malaysia baharu ini adalah zaman untuk mengagihkan kekayaan dan kesamarataan. Persoalan untuk menteri yang disifatkan sebagai ‘budak tidak matang’, apakah selama ini nikmat ekonomi negara diagihkan secara adil.

Kumpulan mana ataupun bangsa mana yang menguasai kek ekonomi negara, menteri jangan hanya pandai berdebat tetapi ‘bodoh’ tidak dapat membezakan apa yang hak dengan batil.

Jika kerajaan tidak mahu lagi menjadi ‘payung’ kepada orang melayu, siapa lagi yang boleh mereka harapkan. Tidak mustahil juga suatu masa nanti kedudukan raja-raja Melayu juga bakal tergugat.

 

WAJAH CINA SELEPAS PRU14

Cina menunjukkan wajah sebenar mereka selepas PRU14, Cina terbukti ‘rasis’ apabila menuntut hak sama rata terhadap orang Melayu selepas PH berkuasa.

Begitu juga Cina dalam MCA dan Gerakan yang cukup biadab meletakkan kesalahan terhadap BN, UMNO selepas kegagalan mempertahankan kerajaan pada PRU14.

Cina MCA, Gerakan hanya menyanjung dan bersahabat dengan orang Melayu dikala senang semata-mata, namun, menjadi musuh selepas kepentingan mereka sudah tiada.

Sikap Melayu terlalu baik dan lembut, UMNO yang mendominasi BN atas semagat setiakawan, mengangkat pemimpin MCA, Gerakan ketika mana sokongan masyarakat Cina terhadap mereka merosot.

UMNO umpama memikul biawak hidup‘, tetap memberikan jawatan dan kedudukan kepada MCA dan Gerakan meskipun ditolak rakyat.

Namun, selepas PRU14 apabila kehilangan kuasa, pemimpin MCA, Gerakan tanpa rasa segan silu, mahupun berterima kasih berterusan meletakkan kesalahan terhadap pemimpin UMNO/BN.

Inilah sikap dan wajah sebenar Cina yang tidak mempedulikan maruah Melayu.

 

APA KATA WATAN : Pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu perlu menghayati ‘Melayu’ dan mendalami Islam bagi memperkukuhkan sahsiah diri sebagai pemimpin berwibawa di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.