DOJ BEBAS SIASAT JHO LOW – NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak berkata, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan DoJ terhadap Jho Low atas konspirasi jenayah ‘mencuri’ jutaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tertakluk kepada undang-undang.

“Itu tindakan DoJ. Mereka berhak ambil apa-apa tindakan (ke atas Jho Low). Saya sudah kata, semua orang tertakluk kepada undang-undang.

“Jadi, saya tak ada apa-apa nak komen sebab itu adalah tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas sesi Pembentangan Belanjawan 2019, pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas kenyataan dikeluarkan DoJ yang antara lain menyebut, Jho Low dan seorang lagi, Roger Ng, didakwa di Mahkamah Persekutuan di Timur New York, semalam kerana berkonspirasi mencuri jutaan wang daripada 1MDB.

DoJ dalam kenyataan turut menyebut, Jho Low dan Ng turut didakwa kerana melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar kepada ‘orang ketiga’ dalam kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.