PKR HALANG KEBEBASAN BERSUARA AHLI

 

Kebebasan bersuara yang kononnya diperjuangkan serta dilaungkan PKR nampaknya hanya sekadar slogan.

Ia berikutan keputusan Nawatankuasa Bantahan, Aduan dan Disiplin Permilihan PKR yang mengeluarkan peringatan keras kepada mana-mana pihak yang didapati menghebahkan kepada media atau umum sekiranya wujud perselisihan atau isu pemilihan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2018 Datuk Rashid Din, berkata semua isu yang berkaitan dengan pemilihan PKR perlu dirujuk pada JPP dan perbuatan memberikan kenyataan kepada umum dan media berkaitan isu yang timbul dalam pemilihan parti adalah menyalahi tata etika pemilihan parti 2018.

“Sejak kebelakangan ini, JPP mendapati banyak pihak termasuk pimpinan kanan dalam parti membangkitkan isu yang berkaitan dengan pemilihan melalui media.

“Sebarang perselisihan dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebah kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web https://www.pemilihankeadilan2018.com pada Jumaat.

Kenyataan itu ditandatangani Rashid bersama Pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Aduan dan Disiplin, Dr Syed Husin Ali yang menjelaskan peraturan tata etika pemilihan 2018, Bab (B) Huraian (7), menyatakan sebarang perselisihan yang timbul dalam pemilihan parti hendaklah dimajukan ke JPP untuk penyelesaian.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.