BERSENAM 15 MINIT SEHARI DIBAWA KE KABINET- DZULKEFLY

 

Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya majikan membenarkan pekerja berhenti selama 15 minit pada setiap hari untuk melakukan senaman akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata cadangan itu wajar diberi perhatian serius oleh sektor awam dan swasta dalam usaha mewujudkan amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Kementerian Kesihatan akan memulakan langkah ini. Saya sudah minta kementerian untuk merancang melakukan beberapa senaman sebelum kembali semula bekerja.

“Cadangan ini bukannya sukar untuk dilakukan dan saya harap ia mendapat sokongan semua sektor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Hidup Aktif (WALK) di Setia Alam pada Sabtu.

Terdahulu, Dr Mahathir mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.