‘KES LAMA’ YANG SUDAH ‘BERSIH’ – MUSA

 

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mendakwa 35 pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya hari ini merupakan “kes lama” yang telah dibersihkan sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan lawan kes ini untuk membersihkan nama saya. Saya tidak tahu kenapa… Kes ini telah diselesaikan sebelum ini, kira-kira 10 ke 14 tahun lalu.

“Kenapa menjadi isu lagi? (Datuk Seri) Nazri (Aziz) yang menjadi menteri bertanggungjawab dalam urusan parlimen pada waktu itu telah membersihkan kes ini… Tidak ada kes terhadap saya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa pada Isnin, Musa enggan membuat spekulasi tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

“Tapi biar saya beritahu kamu, saya akan membersihkan nama saya dengan peguam saya. Saya akan lawan kes ini,” katanya.

Pada 2012, menteri undang-undang pada ketika itu, Nazri Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat tidak ada unsur-unsur rasuah dalam usaha taikun balak Sabah, Michael Chia menghulurkan derma yang dikatakan sebanyak RM40 juta kepada UMNO.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.