SHUIB JADI ‘MANUSIA LEBAH’

 

“Akhirnya saya mampu menarik nafas lega dan ia berakhir tanpa insiden,” kata pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu selepas melakar nama dalam ‘The Malaysia Book Of Records’ apabila berjaya menjadi ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’, di Melaka, pada Isnin.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, cabaran terbabit dilakukan bagi mendalami ilmu berkaitan serangga berkenaan memandangkan dia menceburi perniagaan madu.

“Untuk mendekati lebah, saya perlu duduk dekat dan berkomunikasi dengannya, walaupun nampak pelik.

“Sepanjang masa semasa lebah itu hurung badan, amat mencabar bagai dibawa ke alam lain,” kata Shuib.

Shuib berkata demikian ketika ditemui selepas dia bersama seorang lagi rakan artis yang juga pelakon popular Pablo Amirul, mencipat rekod ‘The Malaysia Book Of Record’ apabila berjaya dalam cabaran ‘Most Number Of Bees On Human Body (Male) dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka, anjuran Madu Tiga Sdn Bhd, di Taman Botanikal, Ayer Keroh, di sini.

Suami kepada penyanyi Sarah Raisuddin berkata, walaupun disengat puluhan ekor lebah namun dia tidak mudah mengalah dan terus bertahan bagi memastikan cabaran itu berjaya.

“Sepanjang waktu itu saya tidak henti bercakap dalam hati agar lebah berkenaan tidak bertindak menyengat.

“Tidak lama selepas lebah itu diletakkan ke badan, saya mula rasakan sengatan di bahagian kaki dan ianya amat sakit namun saya tidak cepat melatah,” katanya.

Sementara itu, Siti Sarah berkata, dia pada mulanya langsung tidak mengetahui tentang hasrat suaminya itu dan hanya mengetahui selepas melihat rakan artis memberikan kata semangat.

“Saya mulanya pelik apabila kawan-kawannya memberi kata semangat dan tiada perbincangan antara kami pada awalnya.

“Walau apa pun saya amat bersyukur cabaran ini berjalan lancar tanpa insiden buruk, sepanjang dia duduk di kerusi itu pelbagai perasaan yang timbul,” katanya.

Menurutnya, selain doa, dia dan ibu mentuanya melakukan solat hajat bagi mempermudahkan urusan suaminya itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.