SPRM SAH TAHAN MUSA UNTUK PENDAKWAAN

 

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka berdepan 35 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi mengesahkannya dan mendedahkan pertuduhan itu membabitkan beberapa kes konsesi pembalakan di Sabah yang dianggarkan bernilai AS$60 juta (RM250.05 juta).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dipanggil SPRM jam 8.30 pagi tadi dan dijangka didakwa di mahkamah jam 3 petang ini.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan menjelaskan Musa ditahan selepas pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

“Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan, Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen jam 2 petang ini untuk pertuduhan berkenaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.