SUBKHIDIN LETAK JAWATAN

 

Subkhiddin Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu di Kelana Jaya, pada Isnin.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat Subkhiddin selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas pelbagai kritikan yang diterima mengenai mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu hingga membabitkan ahli keluarganya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.