TERIMA KASIH TERIMA NENEK MOYANG SAYA – ADAM CORRIE

 

Artis yang terkenal dengan watak antagonis, Adam corrie, menzahirkan rasa terima kasih kepada negara kerana telah menerima nenek moyangnya yang berbangsa Cina sebagai rakyat Malaysia.

Adam yang juga mualaf selepas memeluk agama Islam berkata, beliau menghormati hak istimewa orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Alhamdulillah, Terima kasih kerana terima nenek moyang saya dtg menetap di Tanah Melayu dan berikan kewarganegaraan kpd nenek moyang kami.

“…Saya sentiasa menghormati hak-hak istimewa org Melayu dan Islam. Hormat tuan rumah. #sayaCinaMuslim #terimakasih,” tulis beliau di laman sosialnya.

Adam juga turut memuat naik sepotong hadis yang berbunyi:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Hujurat ayat 13) #sayaBukanUstaz.

Kenyataan Adam itu dipercayai merujuk kepada usaha kerajaan untuk menandatangi ICERD yang dilihat boleh mencabar hak istimewa orang Melayu, Islam seperti mana termaktub dalam perlembagaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.