BERHENTI KELUAR KENYATAAN ‘BOLA TANGGUNG’ – MUSTAPHA

 

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menggesa pemimpin parti itu supaya berhenti berbalah sesama sendiri dalam media sosial kerana ia langsung tidak mendatangkan manfaat kepada parti.

“Berhenti keluar kenyataan ‘bola tanggung’. Sikap pemimpin tertentu yang masing-masing enggan mengalah telah memberi ruang kepada pihak lawan untuk menyerang UMNO.

“Dalam keadaan UMNO sedang bangkit, perkara seperti ini hanya merugikan parti. Seorang keras manakala seorang lagi pun keras kepala. Seorang ego manakala seorang lagi pun ego. Perbalahan ini tiada kesudahan,” katanya kepada Watan Online pada Rabu.

Sebelum ini, berlaku ‘perang’ antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ia berlaku apabila Lokman membidas bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak selepas kalah dalam PRU14.

Malah, Lokman turut menyerang Khairy di laman Twitternya mengatakan Ahli Parlimen Rembau itu boleh berhenti bermimpi menjadi Presiden UMNO sekiranya terus mencari kesalahan orang lain.

Membalas serangan itu, Khairy berkata lebih baik Lokman berdoa agar beliau tidak menjadi Presiden UMNO.

“Perkara pertama yang akan saya lakukan (jika jadi Presiden UMNO) ialah menyingkirkan kamu (Lokman) kerana mempunyai IQ seperti lobak (rendah),” kata Khairy di laman Twitter.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.