BUNG MOKTHAR TERSALAH ‘KHAIRY’

 

Hasrat murni Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin untuk mendamaikan perbalahan antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Lokman Noor Adam menjadi jenaka di media sosial.

Ia ekoran tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan itu tersalah menanda(tag) pengguna laman sosial Twitter yang difikirkannya ‘Khairy’.

Bung Mokhtar yang menegur dua pemimpin UMNO itu di Twitternya telah tersalah menanda akaun Twitter ‘khairiKJ’ yang disangkakan milik Ahli Parlimen Rembau itu.

“…’My dear’ @khairiKJ_ @LokmanAdam saya tahu kita ada kebebasan bersuara, tetapi tolonglah berhenti mengecam antara satu sama lain secara terbuka. Kita mesti fokus pada matlamat kita,” tulis anggota Parlimen Kinabatabangan itu di Twitternya.

Pesanan itu mendapat perhatian pemilik Twitter bernama khairiKJ yang kemudiannya meminta Bung Mokhtar supaya menanda indvidu yang betul.

“Tolong maklumkan pada individu yang betul.

“…dah aku pula kena tgk drama politik dia,” balas khairiKJ.

Sebelum ini, pertelingkahan antara Khairy dan Lokman tercetus apabila bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengkritik Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB menjadi punca kekalahan BN pada PRU14 lalu.

Kritikan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati Lokman yang tampil mempertahankan bekas Perdana Menteri dan mempersoal tindakan Khairy yang dilihat seolah-olah ‘sakit hati’ dengan Najib.

Khairy kemudiannya melalui Twitternya berkata, beliau akan memecat Lokman sekiranya dipilih sebagai Presiden UMNO pada pemilihan baru-baru ini kerana memiliki ‘IQ seperti lobak’.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.