JAWATANKUASA PEMILIHAN PERTAHAN KAK WAN

 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), PKR, Datuk Rashid Din hari ini tampil mempertahankan lawatan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ke Julau, Sibu, Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan Wan Azizah tidak membawa penyokong parti selain tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2018.

“Semua orang pertikai kenapa dia (Wan Azizah) datang sedangkan dia bukan berkempen malah tidak bertanding pun dalam pemilihan… jadi apa isunya?

“Beliau pergi sebagai timbalan perdana menteri, jawatan presiden parti pun ibarat tinggal 10 peratus sahaja sebab tinggal beberapa hari lagi (pemilihan akhir).

“Ada dia bawa penyokong PKR? Tiada? Okay itu sahaja jawapan saya,” katanya kepada akhbar NSTP.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya mempertikaikan lawatan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Beliau tutut mempersoalkan penggunaan kedudukan rasmi dan aset kerajaan dan pengumuman Dr Wan Azizah tentang peruntukan RM100,000 untuk jalan di Julau.

Menurut Latheefa pengumuman dibuat dengan kehadiran Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, yang juga calon pemilihan di bahagian Julau dan jawatankuasa pusat parti.

Latheefa, yang difahamkan merupakan penyokong Timbalan Presiden PRK, Datuk Seri Azmin Ali, berkata Sng sebelum ini “secara terbuka mengisytiharkan” kesetiaan kepada pesaing Azmin, Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Julau itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas sekumpulan pimpinan PKR Sarawak membuat laporan berhubung keanggotaan dalam PKR cabang Julau yang menyaksikan tambahan ahli kepada lebih 13,000.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.