“BIAR GANI JAWAB”

 

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu mengapa tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkait kes rasuah pada 2012.

Perdana Menteri berkata, beliau juga percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus memberi penjelasan kenapa Musa tidak didakwa dahulu.

“Saya rasa ada sebab bagi beliau (Gani) dan saya rasa kita akan melihat sedikit penjelasan akan dibuat dan mungkin bukan dari beliau (Gani) sendiri, tentang situasi sebenar ketika itu, ketika perkara itu berlaku.

“Biarpun jika anda memberi penjelasan, ia tidak akan banyak membantu, pihak lain yang perlu jelaskan, SPRM yang perlu jelaskan mengapa pada waktu itu tiada pendakwaan dilakukan,” katanya di Putarajaya, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Abdul Gani memberi penjelasan mengapa beliau tidak mendakwa Musa.

Katanya, adakah Abdul Gani tidak mendakwa Musa kerana beliau takut dengan Musa atau bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.