BIBLE DIEDAR KEPADA PELAJAR MELAYU – MUJAHID

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui Bible turut diedarkan kepada pelajar Melayu, Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini sehingga mencetuskan kontroversi.

Mujahid bagaimanapun mendakwa beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan perkara itu.

“Saya akui kegiatan mengedar kitab Bible oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlaku dan sekarang timbul persoalan kitab berkenaan diedarkan kepada siapa, adakah untuk orang Melayu atau hanya diedarkan kepada orang bukan Islam.

“Perkara berkenaan jelas menimbulkan kontroversi sebab daripada maklumat yang kita dapat ada juga yang diberikan kepada orang Melayu,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah di Putrajaya pada Khamis.

Peserta berkenaan bertanyakan isu edaran kitab Bible berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tindakan NGO itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam di negara ini yang melihat bukan Islam ‘semakin berani’ di bawah pentadbiran kerajaan baru.

Semalam, Mujahid pada sidang medianya di Pulau Pinang mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, seperti yang tular di media sosial.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.